Wednesday 15 January 2014

Teknik Lakonan Brecht

LATAR BELAKANG BERTOLT BRECHT
Bertolt Brecth dilahirkan pada tahun 1898 di Jerman dan dibaptiskan sebagai Eugen Berthold Friedrich. Beliau merupakan seorang penulis drama, pemuisi dan pengarah teater yang sangat berpengaruh pada abad ke-20. Beliau merupakan seorang pacifist dan sangat terpengaruh dengan idea-idea Karl Marx. Selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Pertama, beliau menggunakan puisi, lagu dan akhirnya teater untuk memaparkan idea-idea beliau supaya dapat mengubah keadaan negara tersebut. Bahkan, beliau pernah menggambarkan negaranya semasa berada dalam Republik Weimar sebagai “terperangkap dalam empat cengkaman iaitu ketenteraan, kapitalisme, industrialisasi dan penjajahan (Cohen: 1981).Beliau terpaksa keluar dari negaranya pada zaman pemerintahan Hitler. Beliau telah hidup berpindah-randah di beberapa buah negara Eropah dan akhirnya menetap di Amerika dalam tahun 1940-an. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau telah kembali ke Jerman. Kerajaan Jerman Timur turut menubuhkan Berliner Ensemble Theatre untuknya bagi membolehkan beliau mengembangkan teori-teori dalam penghasilan teater hasil daripada pementasan-pementasan yang dilakukan oleh beliau sebelumnya dan karya-karya yang ditulis semasa dalam pelarian (Leach: 2004).Sepanjang hidupnya, beliau banyak menulis dan mengarahkan pementasan teater. Antara hasil-hasil karya beliau yang terkenal ialah The Caucasian Chalk Circle (Der kaukasische Kreidekreis), The Threepenny Opera (Die Dreigroschenoper), Life of Galileo(Leben des Galilei), Mother Courage and Her Children (Mutter Courage und ihre Kinder) danThe Good Person of Szechwan (Der gute Mensch von Sezuan)(Leach: 2004).Manakala sumbangan beliau yang terbesar ialah sebuah teori yang beliau panggil sebagai Epic Theatre dan akan dihuraikan secara lebih lanjut dalam tugasan ini


MAKSUD TEATER EPIK
Teori ini dinamakan sebagai Epic Theatre kerana ianya bersifat episodik, dengan setiap babak  memaparkan cerita yang berlainan, tetapi apabila digabungkan menjadi sebuah cerita. Contoh mudah bagi memahami pernyataan ini ialah kartun Dragon ball yang memaparkan cerita yang berlainan dalam setiap sirinya, tetapi masih merupakan satu cerita apabila digabungkan. Selain nama Epic Theatre, teori ini juga dinamakan sebagai Dialectic Theatre kerana dalam pementasan-pementasan yang beliau lakukan banyak memaparkan argument antara dua belah pihak yang saling cuba mempengaruhi antara satu sama lain (Brown: 1995).Dalam Epic Theatre tujuan sesebuah pementasan dijalankan adalah untuk mempersembahkan idea-idea dan penonton harus membuat penilaian terhadap idea-idea tersebut. Oleh itu, sesebuah pementasan yang dilakukan tidak boleh menyebabkan penonton hanyut dengan emosi yang dipaparkan dalam sesebuah pementasan. Sebaliknya, Brecht menjelaskan bahawa para penonton perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuah pementasan dan tidak perlu beremosi sebaliknya berfikir secara kritikal akan mesej yang ingin disampaikan dalam pementasan itu dan melaksanakan perubahan apabila keluar dari pementasan itu. Menurut beliau, semua ini boleh dicapai sekiranya para penonton ‘dialeniasi’(diasingkan) daripada pementasan yang ditontonnya. Brecht menamakan keadaan ini sebagai Verfremdungseffekt yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai alienationeffect ”ataupun kesan pengasingan (Wilson & Goldfarb: 2000)




TEATER EPIK & V- EFFECT


Brecht yang menyebut teori aristoteles sebagai teater dramatic secara tegas menolaknya. Menurutnya tujuan utama pertunjukkan teater bukanlah menumbuhkan katarsis, tapi menyadarkan orang- orang yang terlibat di dalamnya tentang kondosi sosial masyarakat tempat mereka hidup yang dapat dan sentiasa berubah. Hukum-hukum dewa dewa hanyalah suatu buatan yang diriasonalisasikan oleh manusia yang sedang berkuasa. Brecht sangat dipengaruhi oleh fikiran-fikiran karl marx. Oleh kerana itu, untuk memahami teori brecht, menyinggung sedikit pemikiran marx dapat membantu dalam mempermudahkan pemahaman. Brecht menamakan teori teaternya sebagai epik. Untuk membedahkannya dengan Aristotle, ia telah membuat daftar perbandingan yang berisi perbedaan. Dari daftarnya terlihat bahawa teater epic begitu kontras perbedaanya dengan teater dramatik hal ini menandakan bahawa brecht telah menolak teori yang dirumuskan oleh Aristotle.







TEATER EPIK BRECHT

Gerakkan  teater sosial lebih mencapai hasil dalam karya-karya Bertolt Brecht (1898-1956). Ia mulai aktif dalam teater pada waktu jerman tengah berada dalam puncak zaman ekspresionisme. Gerakkan brecht teater epic untuk melawan apa yang disebut sebagai teater dramatik. Teater dramatik yang konvensional ini dipandangnya sebagai pertunjukkan yang membuat penonton terpaku pasif. Sebab semua kejadian disuguhkan dalam bentuk masa kini seolah-olah masyarakat dan waktu tidak pernah berubah.dengan demikian ada keasan bahawa kondisi soaial tidak biasa berubah.penonton dibuat terpesona , mabuk , dan tidak kritis, masalahnya bagi brecht adalah bagaimana caranya membuat penontonya ikut aktif dan merupakan bagian vital dan peristiwa teater.










PRINSIP-PRINSIP BERTOLT BRECHT
(HISTROFIKASI)
Historifikasi berisi dasar bahawa teater jangan memperlakukan objeknya dalam niat menyamakannya dengan kehidupan nyata sehari- hari. Teater harus menyajikan sesuatu yang tidak biasa , yang aneh dan asing, lain dari kenyataan sehari-hari. Salah satu cara untuk mencapai matlamat ialah melalui historifikasi. Bahan harus diambil dari tempat lain dan dari masa yang lain. Tetapi bahan itu jangan diyajikan secara histori menurut tafsiran masa kini, justeru harus ditekankan kelampauannya sehingga menjadi terpisah dari masa kini. Dengan demikian penonton dapat mengambil jarak dengan yang ditontonya dan dapat mengambil siakp positif terhadap persoalan yang dipaparkan di pentas.

( ALIENASI )
Alienasi merupakan dasar historifikasi. Penonton tidak boleh mencampuradukkan antara apa yang jadi di atas pentas dengan kenyataan hidupnya, bahkan mengigatkannya juga tidak boleh. Pentas hanya tontonan yang mesti dihadapi dengan kritis. Melalui alienasi inilah penonton dapat memperoleh bukan hanya hiburan tetapi juga hiburan yang lebih tinggi. Bagi brecht tiap unsur teater justeru mesti memiliki kebebasanya sendiri. Music misalnya, bukan sarana untuk menekankan  emosi, tetapi kementar terhadap dialog. Juga setting bukan hanya memberi sugesti tempat, tetapi fungsinya juga memberikan kementar terhadap apa yang terjadi di atas pentas. Pelakon juga tidak menjadi watak tetapi sekadar menjadi orang yang ketiga dan memberi komenter terhadap peranan yang disampaikan pada penonton. Alienasi dapat diperoleh juga dengan cara menempatkan peralatan teater yang Nampak jelas oleh penonton. Peralatan lampau dan music dapat ditempatkan secara menyolok di pentas. Hal ini berlaku kerana memberi kesedaran kepada penonton bahawa suatu masan ada batasnya.


( EPIK )
Epic secara sengaja dipakai untuk menamai teater brecht, sebab teaternya lebih mirip cerita-cerita episod daripada teater tradisional. Dalam episode jalinan puisi dan prosa silih berganti secara bebas. Dalam episode seluruh cerita dilihat oleh sebuah cerita. Dalam episode perubahan waktu dilakukan secara amat bebas. Sebuah cerita dapat meloncat dari satu waktu ke waktu jauh sesudahnya dengan hanya dalam satu ucapan sahaja. Dalam pratikal pementasannya, teater epic memang amat bebas menjalani waktu dan tempat, dalam pentas yang itu-itu juga. Inilah sebabnya penggunaan slide, projector serta calculater wujud wajar dalam teater mereka.Terdapat juga teknik brecht yang meletakkan semua teknikal di hadapan penonton. Hal ini kerana teknik brecht juga menyatakan segala proses pementasan merupakan sesuatu yang perlu ditonton oleh penonton. Ia bertujuan bagi mengganggu dan menyedarkan para penonton bahawa pementasan merupakan satu lakonan dan hanya sebuah pementasan. Lakonan dalam epik teater memerlukan para pelakon melakonkan sesebuah watak tanpa menyebabkan penonton mahupun diri mereka sendiri percaya bahawa mereka adalah watak tersebut.Pelakon-pelakon juga sering berinteraksi dengan penonton secara langsung. Tujuan utama lakonan sebegini adalah untuk meruntuhkan dinding keempat dalam sesebuah lakonan. Ini adalah bagi membolehkan penonton melihat dan menyedari bahawa mereka sedang menonton pementasan, bukan realiti dan menganggap bahawa pentas adalah pentas dan pelakon adalah pelakon
BERTOLT BRECHT
Bertolt Brecht adalah pengencam kapitalisme. Ia berpendapat bahawa kapitalisme sebagai kekuatan  sosial yang telah membuat golongan miskin menjadi brutal dan orang kaya makin menjadi korup. Ia lahir di Augsburg. Ketika nazi berkuasa pada tahun 1933 ia meninggalkan negerinya dan tinggal di amerika syarikat (1941-1947 ). Pada tahun 1949 ia menetap di jerman timur dan membentuk ensemble berlin yang hidup sampai sekarang.


PERBEZAAN DRAMATIK TEATER DENGAN EPIK TEATER
Brecht menyatakan bahawa epik adalah drama non-arestotelian. Oleh itu terdapat beberapaperbezaan antara epic theatre dengan dramatic theatre yang berdasarkan kepada pendapatAristotle. Brecht telah menggunakan terma ‘non-Aristotelian drama’ bagi menerangkan dimensidrama dalam kerjanya sendiri, bermula pada 1930-an dengan beberapa siri nota dan eseibertajuk “On a non-aristotelian drama” yang mengandungi contoh bentuk teater epik iaitu karamuzikalnya yang bertajukThe Threepenny Opera.Dengan definisi daripada Aristotle, Brechtmenulis, “perbezaan antara dramatik dan epik adalah merujuk kepada perbezaan kaedahnyadalam pembinaan.” Kaedah pembinaan ini merujuk kepada hubungan yang dibentuk daripadapersembahan antara bahagian dan keseluruhan. Dalam persembahan dramatik teater, pemikiran membentuk manusia. Dalam konteks ini,penonton diajak bersama-sama berada dalam pementasan agar mereka dapat membentukpemikiran mereka setelah menyaksikan persembahan teater jenis ini. Manakala dalam epikteater pula membantu manusia membentuk pemikiran. Dalam konteks epik teater ini penontonmenjadi pemerhati supaya dapat berfikir mengenai apa yang dipersembahkan setelah selesaimenyaksikan persembahan teater ini. Selain itu, persembahan dalam dramatik teater mengambarkan pengalaman-pengalaman untuk membentuk jalan ceritanya tetapi dalam epikteater mengambil situasi yang berlaku dalam persekitaran sebagai jalan cerita pementasan.Di samping itu, dalam dramatik teater penonton dapat melihat pengakhiran sesuatupersembahan sebagai tanda penamat dalam penceritaan teater tersebut. Manakala epik teater tiada pengakhiran sebagai tanda penamat dalam persembahan walaubagaimana pun teater inimenekankan isi atau mesej yang perlu difikirkan sendiri oleh penonton.











No comments:

Post a Comment