Wednesday 15 January 2014

teknik lakonan

THEATER AND INTERCULTURALISM

Menurut buku theater and interculturalism yang ditulis oleh Ric Knowles, teater merupakan ciri-ciri yang dilakukan setiap hari oleh kita dengan setiap pergerakan yang dilakukan. Hal ini demikian, setiap perlakuan yang dilakukan oleh kita adalah ada menunjukkan sedikit pergerakan lakonan dan mempunyai ciri seperti melakonkan supaya ia melambangkan budaya atau ciri budaya terhadap sesuatu budaya itu agar dapat membezakan budaya lain. Saya menyokong hal ini kerana bagi saya setiap budaya mempunyai gaya hidup yang berbeza dan setiap pergerakan mereka lakukan juga adalah berbeza dan di situ kita akan menampakkan perbezaan budaya mereka. Selain itu juga, bukan budaya sahaja yang dapat membezakan perkara tersebut, malah upacara yang tertentu juga dapat dibezakan supaya terdapat perbezaan di antara budaya itu. 
Selain itu, menurut Ric Knowles lagi, teater yang paling kritikal pada waktu dulu adalah teater barat. Hal ini kerana, penonton yang menonton teater barat pada waktu itu sukar memahami apa yang ingin di sampaikan oleh lakonan tersebut. Selain itu juga, penonton beranggapan teater barat ini mempunyai kasih sayang terhadap benda yang tradisional kerana kebayankkan lakonan yang di lakukan ada unsur tradisional dalam setiap babak. Teater barat merupakan teater yang pertama sekali yang muncul pada ketika itu, kerana mereka mengkaji kehidupan pada masa lalu dan cuba melakonkan balik perkara itu kepada penonton dan kebanyakkan penonton kurang memahami tentang hal yang ingin di sampaikan tersebut. Oleh hal yang demikian teater barat telah menjadi wacana yang kritikal pada masa lalu dan ia memerlukan kasih sayang terhadap teater terbabit agar semua penonton dapat memahami apa sebenarnya yang ingin di sampai kan atau mesej yang ingin diberi kepada penonton supaya mereka mengetahui asal usul datangnya teater bara tini.
THEATRICAL INTERCULTURALISM AND ITS DISCONTENTS
Dalam buku theater and interculturalism juga ada mengatakan yang pada abad kedua puluh satu, teater pada waktu itu adalah teater yang monokramatik iaitu manusia sebagai penghubung antara Negara dan budaya. Setelah itu, pada lain abad pula  di samping menyediakan satu kajian yang kritikal pendekatan sejarah dan kontemporari dengan topik, ia bertujuan untuk mencadangkan cara-cara baru berfikir tentang aliran teater dalam budaya dan cara di mana subjektiviti manusia dan identiti dibentuk dibawa ke dalam makhluk melalui prestasi. Ia menjadi penting bahawa cara-cara di mana pertukaran budaya dilakukan secara kritikal diperiksa semula. Teater dan interculturalism direka untuk melaksanakan apa-apa pemeriksaan semula.
Selain itu juga, pada pendapat Ric Knowles pada abad kedua puluh satu, budaya dan adab menjadi perkara utama dalam melakukan sesuatu teater tersebut agar sesiapa yang menonton teater sesuatu teater itu, ia dapat membezakan budaya dan adab yang dimiliki oleh kaum yang hidup pada zaman abad terbabit. Selain itu, saya juga berpendapat seperti terbabit yang membabitkan tentang hal teater yang ingin di katakan oleh Ric Knowles yang mengatakan budaya dan adab adalah sangat penting bagi mengetahui asal-usul sebenarnya teater ini muncul dan mula naik hingga di pertontonkan kepada masyarakat pada masa itu.





CRITICAL INTERSECTIONS
Kajian Prestasi, maka, adalah makan segala macam makanan dan terbuka, tetapi beberapa aspek dan penyebutan baru-baru ini telah beralih tanah dengan cara yang sangat produktif untuk kajian interculturilism teater. Satu, seperti yang digariskan oleh Allahyarham Dwight Conquergood pada tahun 2002 esei 'kajian prestasi' beliau: Campur Tangan dan penyelidikan radikal ialah kecenderungan untuk kombinasi bidang ini teori dan amalan untuk melemahkan 'textualism' untuk mencabar hegemoniteks dalam akademi itu, untuk menentang dorongan semiotik untuk 'menterjemahkan' dunia ke dalam teks untuk membuat ia objek yang sesuai pengajian, dan untuk memecahkan sempadan antara textes badan. Jika, seperti ramai yang telah berhujah, ini adalah benar bagi mengenal pasti sosial selain daripada jantina – pengenalan seperti bangsa dan performatively untuk membawa wujud bukan semata-mata bentuk baru estetik tetapi formasi sosial yang baru, FASA baru, hibrid, dan identiti sosial antara budaya.
Seterusnya, teori amat penting dalam asas lakon teater bagi Ric Knowles kerana jika ingin melakonkan sesuatu watak di atas pentas, kita mestilah perlu menguasai teori terlebih dahulu agar dapat menterjemahkan lakonan terbabit dengan berkesan. Selain itu juga, dalam setiap lakonan yang dibawa, mereka haruslah mencaknakan tentang perbezaan watak lelaki dan perempuan agar penonton juga dapat membezakan perkara tersebut. Hal ini penting bagi Ric Knowles kerana suasana dalam pementasan terbabit akan bertambah variasi jika terdapat watak lelaki dan perempuan kerana akan terdapatnya lagi keistimewaan dalam pementasan terbabit.



THE WEST AND THE REST
Dalam kisah ini pula, menerangkan tentang kepentingan masyarakat barat dan selebihnya tentang bidang teater. Hal yang sedemikian adalah kerana barat amat mementingkan bidang teater mereka ini kerana menganggap itu adalah salah satu lambang kepada masyarakat mereka tentang juga budaya mereka. Selain itu, barat juga gemar melakukan teater yang membuatkan penonton kurang memahami maksud sebenar cerita terbabit. Teater barat bermula sejak zaman yunani lagi sebelum di sambung oleh zaman romawi, mereka pada ketika itu bentuk teater mereka adalah bentuk yang tragedi. Hal ini kerana, teater yang dipersembahkan pada waktu itu menujukkan perkara sebenar yang berlaku terhadap masyarakat pada masa itu seperti jika watak terbabit terpaksa membuat lakonan yang membabitkan pembunuhan, watak tersebut perlu melakukan watak itu dengan realiti dan betul-betul supaya ia menampakkan hasil cerita terbabit.
Selain itu, yang selebihnya pula adalah mengenai kehidupan pada zaman itu yang menceritakan tentang watak yang diambil dan dijadikan teater. Pada pendapat saya, pendapat yang diberikan oleh Ric Knowles itu amat penting dan saya bersetuju kerana pada masa itu hanya perkara tersebut sahaja yang mampu dilakukan mengikut kemampuan yang ada. Selain itu, masyarakat pada masa terbabit juga merupakan nadi kepada tertubuhnya pementasan teater yang dilakukan oleh mereka yang telah dipertontonkan kepada penonton agar penonton dapat mengambil iktibar atau pengajaran tentang kejadian yang berlaku.




WATAK YANG DIBAWA
Dalam buku theater and interculturulism yang diterjemahkan oleh Ric Knowles, beliau menerangkan tentang watak yang dibawa oleh pada masyarakat barat pada masa dulu. Masyarakat pada masa tersebut mengambil kelakuan harian mereka untuk dijadikan teater agar mereka atau masyarakat tersebut tahu kisah sebenar yang berlaku tiap-tiap hari di kalangan mereka sendiri. Selain itu, watak yang dibawa juga harus memainkan peranan yang penting agar setiap watak yang dibawa mendapat kepercayaan daripada penonton yang melihat. Saya sangat bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh Ric Knowles kerana bagi saya jika sesuatu lakonan yang dibawa itu tidak atau kurang menjadi, ia juga akan menyebabkan penonton kurang percaya apa yang ingin disampaikan tentang bentuk teater yang ingin disampaikan.
Selain itu, watak yang dibawa juga harus mempunyai perbezaan antara lelaki dan perempuan kerana dalam teater jika ada perkara tersebut, ia akan menampakkan cerita itu lebih menarik untuk disaksikan dan mudah untuk dipercayai oleh penonton. Oleh hal yang demikian, watak seseorang itu harus dibawa dengan yakin supaya penonton tidak mudah untuk memberi persepsi yang negatif terhadap watak terbabit.


Teknik Lakonan Brecht

LATAR BELAKANG BERTOLT BRECHT
Bertolt Brecth dilahirkan pada tahun 1898 di Jerman dan dibaptiskan sebagai Eugen Berthold Friedrich. Beliau merupakan seorang penulis drama, pemuisi dan pengarah teater yang sangat berpengaruh pada abad ke-20. Beliau merupakan seorang pacifist dan sangat terpengaruh dengan idea-idea Karl Marx. Selepas kekalahan Jerman dalam Perang Dunia Pertama, beliau menggunakan puisi, lagu dan akhirnya teater untuk memaparkan idea-idea beliau supaya dapat mengubah keadaan negara tersebut. Bahkan, beliau pernah menggambarkan negaranya semasa berada dalam Republik Weimar sebagai “terperangkap dalam empat cengkaman iaitu ketenteraan, kapitalisme, industrialisasi dan penjajahan (Cohen: 1981).Beliau terpaksa keluar dari negaranya pada zaman pemerintahan Hitler. Beliau telah hidup berpindah-randah di beberapa buah negara Eropah dan akhirnya menetap di Amerika dalam tahun 1940-an. Selepas Perang Dunia Kedua, beliau telah kembali ke Jerman. Kerajaan Jerman Timur turut menubuhkan Berliner Ensemble Theatre untuknya bagi membolehkan beliau mengembangkan teori-teori dalam penghasilan teater hasil daripada pementasan-pementasan yang dilakukan oleh beliau sebelumnya dan karya-karya yang ditulis semasa dalam pelarian (Leach: 2004).Sepanjang hidupnya, beliau banyak menulis dan mengarahkan pementasan teater. Antara hasil-hasil karya beliau yang terkenal ialah The Caucasian Chalk Circle (Der kaukasische Kreidekreis), The Threepenny Opera (Die Dreigroschenoper), Life of Galileo(Leben des Galilei), Mother Courage and Her Children (Mutter Courage und ihre Kinder) danThe Good Person of Szechwan (Der gute Mensch von Sezuan)(Leach: 2004).Manakala sumbangan beliau yang terbesar ialah sebuah teori yang beliau panggil sebagai Epic Theatre dan akan dihuraikan secara lebih lanjut dalam tugasan ini


MAKSUD TEATER EPIK
Teori ini dinamakan sebagai Epic Theatre kerana ianya bersifat episodik, dengan setiap babak  memaparkan cerita yang berlainan, tetapi apabila digabungkan menjadi sebuah cerita. Contoh mudah bagi memahami pernyataan ini ialah kartun Dragon ball yang memaparkan cerita yang berlainan dalam setiap sirinya, tetapi masih merupakan satu cerita apabila digabungkan. Selain nama Epic Theatre, teori ini juga dinamakan sebagai Dialectic Theatre kerana dalam pementasan-pementasan yang beliau lakukan banyak memaparkan argument antara dua belah pihak yang saling cuba mempengaruhi antara satu sama lain (Brown: 1995).Dalam Epic Theatre tujuan sesebuah pementasan dijalankan adalah untuk mempersembahkan idea-idea dan penonton harus membuat penilaian terhadap idea-idea tersebut. Oleh itu, sesebuah pementasan yang dilakukan tidak boleh menyebabkan penonton hanyut dengan emosi yang dipaparkan dalam sesebuah pementasan. Sebaliknya, Brecht menjelaskan bahawa para penonton perlu sedar bahawa mereka sedang menonton sebuah pementasan dan tidak perlu beremosi sebaliknya berfikir secara kritikal akan mesej yang ingin disampaikan dalam pementasan itu dan melaksanakan perubahan apabila keluar dari pementasan itu. Menurut beliau, semua ini boleh dicapai sekiranya para penonton ‘dialeniasi’(diasingkan) daripada pementasan yang ditontonnya. Brecht menamakan keadaan ini sebagai Verfremdungseffekt yang diterjemahkan dalam bahasa Inggeris sebagai alienationeffect ”ataupun kesan pengasingan (Wilson & Goldfarb: 2000)




TEATER EPIK & V- EFFECT


Brecht yang menyebut teori aristoteles sebagai teater dramatic secara tegas menolaknya. Menurutnya tujuan utama pertunjukkan teater bukanlah menumbuhkan katarsis, tapi menyadarkan orang- orang yang terlibat di dalamnya tentang kondosi sosial masyarakat tempat mereka hidup yang dapat dan sentiasa berubah. Hukum-hukum dewa dewa hanyalah suatu buatan yang diriasonalisasikan oleh manusia yang sedang berkuasa. Brecht sangat dipengaruhi oleh fikiran-fikiran karl marx. Oleh kerana itu, untuk memahami teori brecht, menyinggung sedikit pemikiran marx dapat membantu dalam mempermudahkan pemahaman. Brecht menamakan teori teaternya sebagai epik. Untuk membedahkannya dengan Aristotle, ia telah membuat daftar perbandingan yang berisi perbedaan. Dari daftarnya terlihat bahawa teater epic begitu kontras perbedaanya dengan teater dramatik hal ini menandakan bahawa brecht telah menolak teori yang dirumuskan oleh Aristotle.







TEATER EPIK BRECHT

Gerakkan  teater sosial lebih mencapai hasil dalam karya-karya Bertolt Brecht (1898-1956). Ia mulai aktif dalam teater pada waktu jerman tengah berada dalam puncak zaman ekspresionisme. Gerakkan brecht teater epic untuk melawan apa yang disebut sebagai teater dramatik. Teater dramatik yang konvensional ini dipandangnya sebagai pertunjukkan yang membuat penonton terpaku pasif. Sebab semua kejadian disuguhkan dalam bentuk masa kini seolah-olah masyarakat dan waktu tidak pernah berubah.dengan demikian ada keasan bahawa kondisi soaial tidak biasa berubah.penonton dibuat terpesona , mabuk , dan tidak kritis, masalahnya bagi brecht adalah bagaimana caranya membuat penontonya ikut aktif dan merupakan bagian vital dan peristiwa teater.










PRINSIP-PRINSIP BERTOLT BRECHT
(HISTROFIKASI)
Historifikasi berisi dasar bahawa teater jangan memperlakukan objeknya dalam niat menyamakannya dengan kehidupan nyata sehari- hari. Teater harus menyajikan sesuatu yang tidak biasa , yang aneh dan asing, lain dari kenyataan sehari-hari. Salah satu cara untuk mencapai matlamat ialah melalui historifikasi. Bahan harus diambil dari tempat lain dan dari masa yang lain. Tetapi bahan itu jangan diyajikan secara histori menurut tafsiran masa kini, justeru harus ditekankan kelampauannya sehingga menjadi terpisah dari masa kini. Dengan demikian penonton dapat mengambil jarak dengan yang ditontonya dan dapat mengambil siakp positif terhadap persoalan yang dipaparkan di pentas.

( ALIENASI )
Alienasi merupakan dasar historifikasi. Penonton tidak boleh mencampuradukkan antara apa yang jadi di atas pentas dengan kenyataan hidupnya, bahkan mengigatkannya juga tidak boleh. Pentas hanya tontonan yang mesti dihadapi dengan kritis. Melalui alienasi inilah penonton dapat memperoleh bukan hanya hiburan tetapi juga hiburan yang lebih tinggi. Bagi brecht tiap unsur teater justeru mesti memiliki kebebasanya sendiri. Music misalnya, bukan sarana untuk menekankan  emosi, tetapi kementar terhadap dialog. Juga setting bukan hanya memberi sugesti tempat, tetapi fungsinya juga memberikan kementar terhadap apa yang terjadi di atas pentas. Pelakon juga tidak menjadi watak tetapi sekadar menjadi orang yang ketiga dan memberi komenter terhadap peranan yang disampaikan pada penonton. Alienasi dapat diperoleh juga dengan cara menempatkan peralatan teater yang Nampak jelas oleh penonton. Peralatan lampau dan music dapat ditempatkan secara menyolok di pentas. Hal ini berlaku kerana memberi kesedaran kepada penonton bahawa suatu masan ada batasnya.


( EPIK )
Epic secara sengaja dipakai untuk menamai teater brecht, sebab teaternya lebih mirip cerita-cerita episod daripada teater tradisional. Dalam episode jalinan puisi dan prosa silih berganti secara bebas. Dalam episode seluruh cerita dilihat oleh sebuah cerita. Dalam episode perubahan waktu dilakukan secara amat bebas. Sebuah cerita dapat meloncat dari satu waktu ke waktu jauh sesudahnya dengan hanya dalam satu ucapan sahaja. Dalam pratikal pementasannya, teater epic memang amat bebas menjalani waktu dan tempat, dalam pentas yang itu-itu juga. Inilah sebabnya penggunaan slide, projector serta calculater wujud wajar dalam teater mereka.Terdapat juga teknik brecht yang meletakkan semua teknikal di hadapan penonton. Hal ini kerana teknik brecht juga menyatakan segala proses pementasan merupakan sesuatu yang perlu ditonton oleh penonton. Ia bertujuan bagi mengganggu dan menyedarkan para penonton bahawa pementasan merupakan satu lakonan dan hanya sebuah pementasan. Lakonan dalam epik teater memerlukan para pelakon melakonkan sesebuah watak tanpa menyebabkan penonton mahupun diri mereka sendiri percaya bahawa mereka adalah watak tersebut.Pelakon-pelakon juga sering berinteraksi dengan penonton secara langsung. Tujuan utama lakonan sebegini adalah untuk meruntuhkan dinding keempat dalam sesebuah lakonan. Ini adalah bagi membolehkan penonton melihat dan menyedari bahawa mereka sedang menonton pementasan, bukan realiti dan menganggap bahawa pentas adalah pentas dan pelakon adalah pelakon
BERTOLT BRECHT
Bertolt Brecht adalah pengencam kapitalisme. Ia berpendapat bahawa kapitalisme sebagai kekuatan  sosial yang telah membuat golongan miskin menjadi brutal dan orang kaya makin menjadi korup. Ia lahir di Augsburg. Ketika nazi berkuasa pada tahun 1933 ia meninggalkan negerinya dan tinggal di amerika syarikat (1941-1947 ). Pada tahun 1949 ia menetap di jerman timur dan membentuk ensemble berlin yang hidup sampai sekarang.


PERBEZAAN DRAMATIK TEATER DENGAN EPIK TEATER
Brecht menyatakan bahawa epik adalah drama non-arestotelian. Oleh itu terdapat beberapaperbezaan antara epic theatre dengan dramatic theatre yang berdasarkan kepada pendapatAristotle. Brecht telah menggunakan terma ‘non-Aristotelian drama’ bagi menerangkan dimensidrama dalam kerjanya sendiri, bermula pada 1930-an dengan beberapa siri nota dan eseibertajuk “On a non-aristotelian drama” yang mengandungi contoh bentuk teater epik iaitu karamuzikalnya yang bertajukThe Threepenny Opera.Dengan definisi daripada Aristotle, Brechtmenulis, “perbezaan antara dramatik dan epik adalah merujuk kepada perbezaan kaedahnyadalam pembinaan.” Kaedah pembinaan ini merujuk kepada hubungan yang dibentuk daripadapersembahan antara bahagian dan keseluruhan. Dalam persembahan dramatik teater, pemikiran membentuk manusia. Dalam konteks ini,penonton diajak bersama-sama berada dalam pementasan agar mereka dapat membentukpemikiran mereka setelah menyaksikan persembahan teater jenis ini. Manakala dalam epikteater pula membantu manusia membentuk pemikiran. Dalam konteks epik teater ini penontonmenjadi pemerhati supaya dapat berfikir mengenai apa yang dipersembahkan setelah selesaimenyaksikan persembahan teater ini. Selain itu, persembahan dalam dramatik teater mengambarkan pengalaman-pengalaman untuk membentuk jalan ceritanya tetapi dalam epikteater mengambil situasi yang berlaku dalam persekitaran sebagai jalan cerita pementasan.Di samping itu, dalam dramatik teater penonton dapat melihat pengakhiran sesuatupersembahan sebagai tanda penamat dalam penceritaan teater tersebut. Manakala epik teater tiada pengakhiran sebagai tanda penamat dalam persembahan walaubagaimana pun teater inimenekankan isi atau mesej yang perlu difikirkan sendiri oleh penonton.











Teknik Lakonan Stanislvasky

The  Stanislavsky  System  Of  Acting  =  Rose  Whyman.
Menurut  buku  ‘The  Stanislavsky  Of  Acting  karya  daripada  Rose  Whyman  beliau  menceritakan  pelabagai  teknik  lakonan  yang  diperkenalkan  oleh  Pemikir  Teater  yang  cukup  popular  suatu  ketika  dahulu  iaitu  Stanislavsky.  Dalam  buku  ini  pelbagai  teknik  serta  gaya  lakonan  yang  telah  diperkenalkan  oleh  Stanislavsky  tersebut.

Buku  ini  menceritakan  system-sistem  lakonan  yang  dimiliki  oleh  Stanislavsky.  Untuk  pengetahuan  sebenarnya  system  tersebut  masih  diguna pakai  dalam  lakonan  sehingga  ke  hari  ini  dalam  persembahan  teater.  Teknik  serta  kaedah  dan teori  ini  masih  relaven  sehingga  ke  hari ini. Menurut  penulis  tersebut,  Stanislavsky  bijak  membuat  perancangan  dan  meneliti  setiap  perkara  yang  dilakukan  olehnya.
                       
1.Jenis  Lakonan  Eksploitatif.
Berdasarkan  kepada  pandangan  Stanislavsky,  beliau  cuba  untuk  mencari  lakonan  melalui  ciri-ciri  terbaik  pada  suara,  personality,  kecantikan  fizikal  yang  ada  pada  diri  seseorang  pelakon  yang  mampu  memberikan  sesuatu  dalam  bentuk  persembahannya.  Menurutnya,  lakonan  eksploitatif  hanyalah  sebuah  lakonan  yang  hanya  menggunakan  bentuk   serta  rupa  tubuh  seseorang  pelakon  itu  sahaja.


2.Lakonan  Lampau  Amatur.
Menurut  Stanislavsky,  lakonan  jenis  ini  adalah  bercirikan  kepada  system  lakonan  yang  berbentuk  kepada  amatur  sahaja.  Lakonan  ini  biasanya  dipaparkan  melalui  kaedah  klise  fizikal  pelakon tersebut  yang  dirasai  dan  dihayati  secara  rambang  sahaja.  Sebagai  contohnya,  apabila  pelakon  itu  ingin  menunjukkan  aksinya  yang  sedang  mengantuk,  pelakon  tersebut  perlu  meletakkan  tangannya  di  mulut  menandakan  ia  sedang  menguap.

Stanislavsky  turut  menjelaskan  lakonan  jenis  ini  biasanya  sering  dilihat  pada  watak-watak  sampingan  seperti  watak  Orang  kampong  dan  sebagainya.  Walaubagaimanapun,  lakonan  jenis  ini  juga  dipraktikkan  oleh  pelakon  utama.  Jenis  lakonan ini  sememangnya  biasa  ditonjolkan  dalam  pementasan  Teater.

Simbol-simbol  atau  pergerakan  tubuh  badan  ini  sebenarnya  digunakan  untuk  menunjuk  sesuatu   perasaan  seseorang  pelakon  tersebut  diatas  pentas.  Emosi  lakonan  ini  jelas  tidak  dilahirkan  melalui  gerak  naluri  yang  terkandung  di  dalam  jiwa  watak-watak  yang  mereka  dukungi.




3.Lakonan  Mekanikal.
Stanislavsky  turut  memperkenalkan  Lakonan  Jenis  Mekanikal.  Menurut  pandangan  daripada  Stanislavsky, lakonan  jenis  ini  bersifat  klise  yang  menunjukkan  perlakuan-perlakuan  yang  biasa  dan  normal  di  dalam  sesuatu  lakonan  tersebut.  Bentuk  lakonan  ini  seakan  sama  dengan lakonan  jenis  lampau.

Namun  demikian,  aksi-aksi  klise  ini  biasanya  dipilih,  dikaji  dan  dipertajamkan  sehingga  mendapat  kesan  artistik  di  dalam  paparan  lakonannya  nanti.  Stanislavsky  telah  menerangkan  bahawa  pelakon  mekanikal  akan  mengkaji  dan  menganalisa  untuk  mencari perasaan-perasaan  tertentu  untuk  dirasai  oleh  watak  dan  pelakon  tersebut.

Selain  itu,  untuk  mendapatkan  jenis  lakonan  mekanikal  pelakon  juga  perlu  untuk  mempelajari  serta  mengamalkan  teknik  ‘given  Circumtances’  yang  disarankan  oleh  Stanislavsky.  Teknik  ini  akan  dapat  melahirkan  pelakon  untuk  memerhatikan  keadaan  sekelilingnya  dan  mampu  untuk  merangsang  kembali pengalaman  dan  memori  yang pernah  dilalui  oleh pelakon tersebut  sebelum  ini.




4.Imaginasi.
Menurut  kepada  pendapat  Stanislavsky,  seseorang  pelakon  tersebut  harus  pandai  dan  wajib  membina  sebuah  imaginasi  di  dalam  ingatan  memorinya.  Oleh  hal  demikian,  dalam  merealisasikan  kaedah  ini,  Stanislavsky  cuba  untuk  menerangkan  seseorang  pelakon  tersebut  mesti  mengkaji  dan  memikirkan  setiap drama  tersebut.

Selain  itu,  kaedah  ini  perlu  dilaksanakan  kerana  kadang-kadang  penulis  skrip  kurang  untuk  memperjelasakan  masalah  atau  masa  depan  sesuatu  watak  dalam  bentuk  penulisannya  itu.  Oleh  hal  demikian,  method  imaginasi  ini  mampu  untuk  membantu  pelakon  melengkapkan  perwatakan  wataknya  dari  awal  hingga  ke  akhir  babaknya  itu.

Di  samping  itu,  kaedah  imaginasi  ini  mungkin  akan  dapat  membantu  penulis  untuk  mentafsirkan  baris-baris  dialog  dan  mampu  untuk  mengisinya  dengan  makna-makna  yang  tersirat  atau  dalam  erti  kata  lain  memahami  subteksnya  itu.  Apa  yang  dimaksudkan  ialah  baris-basia  dalam dialog  tidak  hidup  dan  kaku  bagi  melahirkan watak  dan  perwatakan  tersebut.




5.Magic  If.
Stanislavsky  turut  menerangkan  system  lakonannya  turut  mengandungi  teknik  yang  diberikan  nama  Magic  If. Sejujurnya  Stanislavsky  tidak  mempercayai  seikhlas-ikhlasnya  terhadap  kebenaran-kebenaran  peristiwa  atau  kejadian  yang  berlaku  atau  dilakonkan  di atas  pentas  tersebut.
                 
                Dengan  meletakkan  diri  pelakon  di  dalam  diri  watak  tersebut,  pelakon  akan  cuba  untuk  mengaplikasikan  matlamat  dan  tujuan  watak  ke  dalam  dirinya.  Ianya  juga  merupakan  rangsangan  yang  kuat  ke  arah  aksi-aksi  dalaman  dan  fizikal  seseorang  pelakon  tersebut.  Melalui  kaedah  ini  mungkin  amat  berkesan  untuk  menjiwai watak  dan  perwatakan  tersebut.

Para  pelakon  perlu  menggunakan  perkataan  ‘if’  iaitu  mengandaikan  diri  pelakon  sendiri  berada  dalam  perwatakan  tersebut.  Melalui  kaedah  ini  para  pelakon  mungkin  akan  lebih  mengerti  serta  memahami  emosi  dan  spiritual  watak  yang  sedang  didukung  tersebut.  Dalam  erti  kata  lain,  pelakon  perlu  memasukkan  dirinya  ke  dalam  jiwa  watak  tersebut.




Pendahuluan.
Kami  pelajar  kursus  Seni  Lakon  Awalan  telah  ditugaskan  untuk  membuat  analisis  beberapa  buah  buku  yang  berkaitan  dengan  dunia  lakonan.  Kami  diminta  oleh  pensyarah  iaitu  En Nor Shuradi atau En Eddy  untuk  menganalisis  beberapa  buah  buku  yang  membincang  tentang  teknik,  kaedah  mahupun  teori  lakonan.

Jika  diamati  pada  hari  ini  sememangnya  masih  terdapat  banyak  buku  terutama  di  perpustakaan  yang  membincangkan  tentang  perkara  diatas.  Buku –buku  ini  akan  dinilai  dan  dianalisis  oleh  kami  untuk  mengetahui  pelbagai  konsep  dan  teknik  serta  teori  lakonan  yang  terdapat  di  dalam  dunia  teater  ini.  Pelbagai  teknik  serta  gaya  lakonan  terutama  teori  Stanislavsky  dan  Brecht  ditulis  oleh  penulis-penulis  buku  terkemuka  di  dunia.

Kami  telah  diberikan  kepada  beberapa  kumpulan  kecil  untuk  menyiapkan  tugasan  ini. Beberapa  buah  buku  telah  kami  cari  dan  membuatkan  analisis  serta  perbandingannya.  Antara  buku-buku  yang  telah  kami  melakukan  analisis  ialah  buku   ‘The Art of  Theathre’  karya  daripada  Marsh  Cassady,  buku  yang  bertajuk  ‘Theathre & Interculturalism’  karya  daripada  Rio  Knowks  dan  buku  yang  terakhir  bertajuk  ‘The  Stanislavsky  System Of  Acting’  karya  daripada  Rose  Whyman.