Wednesday 15 January 2014

Teknik Lakonan Stanislvasky

The  Stanislavsky  System  Of  Acting  =  Rose  Whyman.
Menurut  buku  ‘The  Stanislavsky  Of  Acting  karya  daripada  Rose  Whyman  beliau  menceritakan  pelabagai  teknik  lakonan  yang  diperkenalkan  oleh  Pemikir  Teater  yang  cukup  popular  suatu  ketika  dahulu  iaitu  Stanislavsky.  Dalam  buku  ini  pelbagai  teknik  serta  gaya  lakonan  yang  telah  diperkenalkan  oleh  Stanislavsky  tersebut.

Buku  ini  menceritakan  system-sistem  lakonan  yang  dimiliki  oleh  Stanislavsky.  Untuk  pengetahuan  sebenarnya  system  tersebut  masih  diguna pakai  dalam  lakonan  sehingga  ke  hari  ini  dalam  persembahan  teater.  Teknik  serta  kaedah  dan teori  ini  masih  relaven  sehingga  ke  hari ini. Menurut  penulis  tersebut,  Stanislavsky  bijak  membuat  perancangan  dan  meneliti  setiap  perkara  yang  dilakukan  olehnya.
                       
1.Jenis  Lakonan  Eksploitatif.
Berdasarkan  kepada  pandangan  Stanislavsky,  beliau  cuba  untuk  mencari  lakonan  melalui  ciri-ciri  terbaik  pada  suara,  personality,  kecantikan  fizikal  yang  ada  pada  diri  seseorang  pelakon  yang  mampu  memberikan  sesuatu  dalam  bentuk  persembahannya.  Menurutnya,  lakonan  eksploitatif  hanyalah  sebuah  lakonan  yang  hanya  menggunakan  bentuk   serta  rupa  tubuh  seseorang  pelakon  itu  sahaja.


2.Lakonan  Lampau  Amatur.
Menurut  Stanislavsky,  lakonan  jenis  ini  adalah  bercirikan  kepada  system  lakonan  yang  berbentuk  kepada  amatur  sahaja.  Lakonan  ini  biasanya  dipaparkan  melalui  kaedah  klise  fizikal  pelakon tersebut  yang  dirasai  dan  dihayati  secara  rambang  sahaja.  Sebagai  contohnya,  apabila  pelakon  itu  ingin  menunjukkan  aksinya  yang  sedang  mengantuk,  pelakon  tersebut  perlu  meletakkan  tangannya  di  mulut  menandakan  ia  sedang  menguap.

Stanislavsky  turut  menjelaskan  lakonan  jenis  ini  biasanya  sering  dilihat  pada  watak-watak  sampingan  seperti  watak  Orang  kampong  dan  sebagainya.  Walaubagaimanapun,  lakonan  jenis  ini  juga  dipraktikkan  oleh  pelakon  utama.  Jenis  lakonan ini  sememangnya  biasa  ditonjolkan  dalam  pementasan  Teater.

Simbol-simbol  atau  pergerakan  tubuh  badan  ini  sebenarnya  digunakan  untuk  menunjuk  sesuatu   perasaan  seseorang  pelakon  tersebut  diatas  pentas.  Emosi  lakonan  ini  jelas  tidak  dilahirkan  melalui  gerak  naluri  yang  terkandung  di  dalam  jiwa  watak-watak  yang  mereka  dukungi.




3.Lakonan  Mekanikal.
Stanislavsky  turut  memperkenalkan  Lakonan  Jenis  Mekanikal.  Menurut  pandangan  daripada  Stanislavsky, lakonan  jenis  ini  bersifat  klise  yang  menunjukkan  perlakuan-perlakuan  yang  biasa  dan  normal  di  dalam  sesuatu  lakonan  tersebut.  Bentuk  lakonan  ini  seakan  sama  dengan lakonan  jenis  lampau.

Namun  demikian,  aksi-aksi  klise  ini  biasanya  dipilih,  dikaji  dan  dipertajamkan  sehingga  mendapat  kesan  artistik  di  dalam  paparan  lakonannya  nanti.  Stanislavsky  telah  menerangkan  bahawa  pelakon  mekanikal  akan  mengkaji  dan  menganalisa  untuk  mencari perasaan-perasaan  tertentu  untuk  dirasai  oleh  watak  dan  pelakon  tersebut.

Selain  itu,  untuk  mendapatkan  jenis  lakonan  mekanikal  pelakon  juga  perlu  untuk  mempelajari  serta  mengamalkan  teknik  ‘given  Circumtances’  yang  disarankan  oleh  Stanislavsky.  Teknik  ini  akan  dapat  melahirkan  pelakon  untuk  memerhatikan  keadaan  sekelilingnya  dan  mampu  untuk  merangsang  kembali pengalaman  dan  memori  yang pernah  dilalui  oleh pelakon tersebut  sebelum  ini.




4.Imaginasi.
Menurut  kepada  pendapat  Stanislavsky,  seseorang  pelakon  tersebut  harus  pandai  dan  wajib  membina  sebuah  imaginasi  di  dalam  ingatan  memorinya.  Oleh  hal  demikian,  dalam  merealisasikan  kaedah  ini,  Stanislavsky  cuba  untuk  menerangkan  seseorang  pelakon  tersebut  mesti  mengkaji  dan  memikirkan  setiap drama  tersebut.

Selain  itu,  kaedah  ini  perlu  dilaksanakan  kerana  kadang-kadang  penulis  skrip  kurang  untuk  memperjelasakan  masalah  atau  masa  depan  sesuatu  watak  dalam  bentuk  penulisannya  itu.  Oleh  hal  demikian,  method  imaginasi  ini  mampu  untuk  membantu  pelakon  melengkapkan  perwatakan  wataknya  dari  awal  hingga  ke  akhir  babaknya  itu.

Di  samping  itu,  kaedah  imaginasi  ini  mungkin  akan  dapat  membantu  penulis  untuk  mentafsirkan  baris-baris  dialog  dan  mampu  untuk  mengisinya  dengan  makna-makna  yang  tersirat  atau  dalam  erti  kata  lain  memahami  subteksnya  itu.  Apa  yang  dimaksudkan  ialah  baris-basia  dalam dialog  tidak  hidup  dan  kaku  bagi  melahirkan watak  dan  perwatakan  tersebut.




5.Magic  If.
Stanislavsky  turut  menerangkan  system  lakonannya  turut  mengandungi  teknik  yang  diberikan  nama  Magic  If. Sejujurnya  Stanislavsky  tidak  mempercayai  seikhlas-ikhlasnya  terhadap  kebenaran-kebenaran  peristiwa  atau  kejadian  yang  berlaku  atau  dilakonkan  di atas  pentas  tersebut.
                 
                Dengan  meletakkan  diri  pelakon  di  dalam  diri  watak  tersebut,  pelakon  akan  cuba  untuk  mengaplikasikan  matlamat  dan  tujuan  watak  ke  dalam  dirinya.  Ianya  juga  merupakan  rangsangan  yang  kuat  ke  arah  aksi-aksi  dalaman  dan  fizikal  seseorang  pelakon  tersebut.  Melalui  kaedah  ini  mungkin  amat  berkesan  untuk  menjiwai watak  dan  perwatakan  tersebut.

Para  pelakon  perlu  menggunakan  perkataan  ‘if’  iaitu  mengandaikan  diri  pelakon  sendiri  berada  dalam  perwatakan  tersebut.  Melalui  kaedah  ini  para  pelakon  mungkin  akan  lebih  mengerti  serta  memahami  emosi  dan  spiritual  watak  yang  sedang  didukung  tersebut.  Dalam  erti  kata  lain,  pelakon  perlu  memasukkan  dirinya  ke  dalam  jiwa  watak  tersebut.




Pendahuluan.
Kami  pelajar  kursus  Seni  Lakon  Awalan  telah  ditugaskan  untuk  membuat  analisis  beberapa  buah  buku  yang  berkaitan  dengan  dunia  lakonan.  Kami  diminta  oleh  pensyarah  iaitu  En Nor Shuradi atau En Eddy  untuk  menganalisis  beberapa  buah  buku  yang  membincang  tentang  teknik,  kaedah  mahupun  teori  lakonan.

Jika  diamati  pada  hari  ini  sememangnya  masih  terdapat  banyak  buku  terutama  di  perpustakaan  yang  membincangkan  tentang  perkara  diatas.  Buku –buku  ini  akan  dinilai  dan  dianalisis  oleh  kami  untuk  mengetahui  pelbagai  konsep  dan  teknik  serta  teori  lakonan  yang  terdapat  di  dalam  dunia  teater  ini.  Pelbagai  teknik  serta  gaya  lakonan  terutama  teori  Stanislavsky  dan  Brecht  ditulis  oleh  penulis-penulis  buku  terkemuka  di  dunia.

Kami  telah  diberikan  kepada  beberapa  kumpulan  kecil  untuk  menyiapkan  tugasan  ini. Beberapa  buah  buku  telah  kami  cari  dan  membuatkan  analisis  serta  perbandingannya.  Antara  buku-buku  yang  telah  kami  melakukan  analisis  ialah  buku   ‘The Art of  Theathre’  karya  daripada  Marsh  Cassady,  buku  yang  bertajuk  ‘Theathre & Interculturalism’  karya  daripada  Rio  Knowks  dan  buku  yang  terakhir  bertajuk  ‘The  Stanislavsky  System Of  Acting’  karya  daripada  Rose  Whyman.








No comments:

Post a Comment